About Kudat

Kudat district in northern Sabah is synonymous with the Rungus community, one of the earliest indigenous people to reside in the area. Other ethnic groups in Kudat include the Bajau, Suluk, Chinese, Ubian, Binadan, and Brunei Malay. Their economic activities centered around agriculture, fishing, and trades. 

Based on oral traditions, Kudat was once known as Tanjong Berungus and Tomborungan, named after the Berungus River. Besides that, Kudat name comes from the cogongrass, which is 'kutat' in the Rungus language. Another version of the name 'Kudat' comes from the word 'Takuddat Aku' (I was shocked) in the Binadan language. 16th-century European cartography referred to the province as Tanjung Simpang Mengayau or Tanjung Simpang Mangazo.


Before the British set foot in the area, the maritime perimeter of northern Borneo, which included the islands and waters around Bangi Island, Balambangan Island, and Makawali Island, was under the sovereignty of the Brunei Sultanate. Based on maritime archeological records, Chinese navigators came to this area as early as the 10th century. Kudat was also recorded by Antonio Pigafetta when the Ferdinand Magellan fleet led by Sebastian del Cano, visited Brunei in 1521. A complete map of Kudat and its surrounding areas was made by Alexander Darymple when he established the first British colony-English East Indies Company (EEIC)-on Balambangan Island in 1770. He called it Felicia Proper.

The sultan of Brunei ceded northern Borneo to the Sultan of Sulu in 1877, who subsequently leased the area to the British North Borneo Chartered Company (BNBC) in 1878. The company's first governor, William Hood Treacher, administered the province of North Borneo from Labuan. But the Governor of Labuan opposed the arrangement, and Treacher forced to relocate to the mainland. Kudat, founded by A.H.Everet on 17 December 1881, became the first administrative center of BNBC. The BNBC administration made Kudat the main port of North Borneo, but it failed to compete with Sandakan and Jesselton. Sandakan replaced Kudat as the capital of North Borneo in 1884. Before the Chinese Hakka migrated to Kudat in 1883, Chinese navigators visited the area as early as the 10th century. More Chinese traders came during the times of EEIC between 1773 and 1895. During the BNBC era, Sabah divided into several residences, and Kudat was under the west coast residency. Kudat became a district after the formation of Malaysia.

SEJARAH KUDAT

Daerah Kudat terletak di utara negeri Sabah dan sinonim dengan etnik Rungus yang merupakan penduduk terawal di kawasan tersebut. Sungguhpun demikian, terdapat juga etnik lain yang menetap di daerah ini sejak ratusan tahun lalu seperti Bajau, Suluk, Cina, Ubian, Binadan dan Melayu Brunei. Antara aktiviti ekonomi awal masyarakat di kawasan ni ialah pertanian, aktiviti perikanan serta perdagangan oleh Menurut tradisi lisan, kawasan ini dahulunya dikenali sebagai 'Tanjong Berungus' dan'Tomborungan' iaitu sempena nama sebatang sungai (Sungai Tomborungus) di kawasan Kudat suatu ketika dahulu. Manakala dalam tradisi lisan etnik Rungus pula, kawasan daerah ini mendapat nama sempena rumput lalang iaitu 'kutat' dalam bahasa Rungus. Versi lain pula mengisahkan bahawa perkataan 'Kudat' ini berasal daripada perkataan 'Takuddat Aku' bermaksud 'terkejut aku' dalam bahasa Binadan. Kawasan daerah ini juga turut dikenali sebagai Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou dalam kartografi Eropah seawal abad ke-16M.

Sebelum pertapakan British di kawasan daerah ini, lingkungan maritim utara Borneo termasuk pulau-pulau sekitarnya seperti Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau Malawali berada dibawah kekuasaan de jure Kesultanan Brunei. Walaubagaimanapun, kawasan ini telah menerima hubungan dengan China seawal abad ke-10 Masihi, berdasarkan penemuan arkeologi maritim dan rekod China. Kawasan Kudat turut dicatatkan oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521 ketika armada Ferdinand Magellan yang diketuai oleh Sebastian del Cano melawat Brunei. Peta lengkap Kudat dan kawasan sekitarnya dihasilkan oleh Alexander Darymple ketika mendirikan jajahan Inggeris pertama - Syarikat Hindia Timur Inggeris (EEIC) - di Pulau Balambangan pada tahun 1770. Dia memanggilnya Felicia Proper.

Setelah pemerolehan wilayah utara Borneo melalui perjanjian 1877 dari sultan Brunei dan 1878 dengan Sultan Sulu, pentadbiran British North Borneo Chatered Company (BNBC) melalui gabenor pertamanya, William Hood Treacher mentadbir wilayah ini yang dinamakan Borneo Utara daripada Labuan. Namun yang demikian, hal ini tidak dipersetujui oleh Gabenor Labuan. Treacher terpaksa mencari pusat pentadbiran di tanah besar. Bandar Kudat sebagai pusat pentadbiran pertama BNBC telah diasaskan oleh A.H. Everett melalui pendaratannya pada 17 Disember 1881. Kudat kemudian digantikan oleh Sandakan pada tahun 1884. Pentadbiran BNBC berusaha untuk menjadikan Kudat sebagai pusat pelabuhan utama Borneo Utara namun tidak dapat menyaingi Sandakan dan Jesselton. Sebagai pintu masuk utama kapal dari China sebelum 1884, Kudat menerima migrasi masyarakat Hakka seawal 1883. Walaubagaimanapun etnik Cina yang lain telah datang ke beberapa kawasan Kudat seawal abad ke-10 EU sebagai pedagang dan beramai-ramai pada tahun 1773 dan 1805 melalui EEIC. Semasa era pentadbiran BNBC, Sabah terbahagi kepada beberapa residensi, dimana Kudat diletakkan dalam residensi pantai barat. Kudat mula diberikan status daerah setelah pembentukan Malaysia.